Kes harian masih lebih 2,700

PUTRAJAYA 27 April – Sebanyak 2,733 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 398,451 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, 2,728 kes adalah kes tempatan yang melibatkan 2,481 warganegara dan 247 bukan warganegara manakala lima kes import melibatkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara.

Kes sembuh pula 2,019  dengan jumlah kumulatif 371,575 kes atau 93.5 peratus sementara kes aktif 25,414 kes

Sebanyak 13 kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 1,462 kes yang melibatkan 12 warganegara dan seorang bukan warganegara.

Sementara itu jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di ICU sebanyak 294 dan 138 memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment