79 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 9 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 79 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini 33,384 orang, daripada 3.66 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 19 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 306,680 kes aktif COVID-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 294,242 individu atau 95.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,397 orang ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), 8,668 di hospital dan 373 di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 150 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 223 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment