Selangor dahului negeri lain

PUTRAJAYA 25 April – Selangor terus mendahului negeri lain dengan melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 751 kes (27.9 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 613 kes (81.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 595 kes (22.1 peratus) dan Kelantan sebanyak 424 kes (15.8 peratus).

  • Selangor: 751 kes 
    • 71 kes daripada kluster, termasuk enam kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Naga dan Kluster Jalan Kuala Garing;
    • 542 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 137 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 595 kes
    • 267 kes daripada kluster-kluster, termasuk 209 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Putai dan Kluster Rayang;
    • 231 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 96 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 424 kes 
    • 148 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Halban Dua;
    • 207 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 217 kes  
    • Empat kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 136 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Lapan kes import dari luar negara; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 159 kes  
    • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pagar Sri Lalang;
    • 67 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 121 kes 
    • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ladang Paris Dua;
    • 62 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 117 kes 
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 50 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment