2,690 kes baharu, 10 kematian

PUTRAJAYA 25 April – Sebanyak 2,690 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 392,942 kes.

Daripada jumlah itu, 10 adalah kes import melibatkan warganegara dan lapan bukan warganegara manakala 2,680 kes tempatan melibatkan 2,397 warganegara (89.4%); 283  bukan warganegara (10.6%).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 1,853 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 367,753 kes.

Manakala, keseluruhan kes aktif mencecah angka 23,753.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga,  10 kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,436.

Kes kematian melibatkan masing-masing tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, dua kes di Sabah, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang dan Selangor. Kesemua kes melibatkan warganegara.

Seramai 283 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 121 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment