Arab Saudi catat penurunan kes

RIYADH 25 April – Selepas lima hari berturut-turut merekodkan lebih 1,000 kes, Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan kes jangkitan Covid-19 kurang daripada 1,000 dengan catatan 953 berbanding 1,072 semalam dan 1,098 hari sebelumnya. Pada masa yang sama, 13 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 412,216 manakala kematian pula meningkat kepada 6,900 orang Kementerian juga melaporkan 1,028 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 395,557. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 382 kes di Makkah diikuti…

Read More

Indonesia tambah 4,402 kes

JAKARTA 25 April – Indonesia mencatatkan pertambahan kes Covid-19 apabila 4,402 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,641,194 kes dengan kes aktif 100.474 Pada masa yang sama, 3,804 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih adalah sebanyak 1,496,126. Sementara itu, Jakarta menambahkan 896 kes dan kumulatifnya masih yang tertinggi mencapai 405,063  diikuti Jawa Barat (683, Riau (404), Bangkat Belitung (263) dan Jawa Tengah (247 kes). Terdapat lima provinsi menambahkan pasien sembuh harian tertinggi. Diantaranya DKI Jakarta menambahkan 962 orang dan kumulatifnya yang tertinggi mencapai 391.227 orang.…

Read More

53 anak kapal KRI Nanggala 402 gugur

JAKARTA 25 April – Kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 disahkan telah meninggal dunia, kata Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto pada sidang media petang ini. Katanya, pengumuman itu dibuat selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian dasar laut. “Berdasarkan bukti-bukti kukuh tersebut, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala-402 telah tenggelam dan seluruh anak kapalnya telah gugur,” katanya. Kapal selam itu juga dilaporkan terbahagi tiga. KRI Rigel telah melakukan penyiasatan dengan lebih terperinci di lokasi tersebut menggunakan multibeam sonar dan magnetometer telah menghasilkan visual dalam air…

Read More

Tiga hari catat lebih 2,000 kes

BANGKOK 25 April – Thailand mencatat 2,438 kes baharu Covid-19 dengan 11 kematian, angka kematian harian tertinggi, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini ialah 55,460 kes dengan 140 kematian. Ini merupakan hari ketiga berturut-turut Thailand merekodkan kes harian Covid-19 melebihi angka 2,000 ketika pihak berkuasa mengenakan lebih banyak sekatan bagi mengekang penularan pandemik itu.  Semalam Thailand merekodkan 2,839 kes dan sebelum itu 2,070. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA),  daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,151 adalah jangkitan tempatan termasuk 282 yang dikenal pasti melalui pengesanan aktif manakala lima merupakan kes…

Read More

Filipina catat 997,523 kes

MANILA 25 April – Filipina setakat petang ini merekodkan 997,523 kes jangkitan Covid-19 termasuk 8,162 kes yang dilaporkan hari ini. Jabatan Kesihatan (DoH) juga merekodkan 109 orang meninggal dunia hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 16,783 kematian. Jumlah kes sembuh pula merekodkan 20,509 orang menjadikan jumlah keseluruhan pulih sebanyak 903,665 atau 90.6 peratus. Kes aktif pula 77,075 atau 7.7 peratus.

Read More

8 kluster baharu, 351 aktif

PUTRAJAYA 25 April – Lapan kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan tiga kluster tempat kerja, tiga sektor pendidikan termasuk dua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta masing-masing satu pusat tahanan dan komuniti. Setakat ini jumlah kluster yang direkodkan adalah 1,591, bagaimanapun 1,240 telah tamat menjadikan jumlah kluster aktif 351. Sembilan kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Paya Bemban, Kluster Jalan Indah Gemilang Satu, Kluster Industri Permata, Kluster Jalan Tenteram, Kluster Jalan Gemilang Tiga, Kluster Teluk Air Tawar, Kluster Jalan Hang Tuah, Kluster Jalan Perdana, dan Kluster Persiaran…

Read More

Selangor dahului negeri lain

PUTRAJAYA 25 April – Selangor terus mendahului negeri lain dengan melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 751 kes (27.9 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 613 kes (81.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 595 kes (22.1 peratus) dan Kelantan sebanyak 424 kes (15.8 peratus). Selangor: 751 kes  71 kes daripada kluster, termasuk enam kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Naga dan Kluster Jalan Kuala Garing; 542 kes daripada saringan kontak rapat kes…

Read More

2,690 kes baharu, 10 kematian

PUTRAJAYA 25 April – Sebanyak 2,690 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 392,942 kes. Daripada jumlah itu, 10 adalah kes import melibatkan warganegara dan lapan bukan warganegara manakala 2,680 kes tempatan melibatkan 2,397 warganegara (89.4%); 283  bukan warganegara (10.6%). Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 1,853 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 367,753 kes. Manakala, keseluruhan kes aktif mencecah angka 23,753. Dalam tempoh 24 jam lalu juga,  10 kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,436. Kes kematian melibatkan…

Read More

Seri Paduka ucap takziah

KUALA LUMPUR 25 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan seluruh rakyat republik itu susulan tragedi yang menimpa Kapal Selam KRI Nanggala-402. Turut menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah itu adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Berikut kenyataan yang dipetik dari Facebook Istana Negara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong amat berdukacita dan menzahirkan ucapan takziah kepada Yang Mulia Bapak Ir. H. Joko Widodo,…

Read More