8 kluster baharu, 351 aktif

PUTRAJAYA 25 April – Lapan kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan tiga kluster tempat kerja, tiga sektor pendidikan termasuk dua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta masing-masing satu pusat tahanan dan komuniti.

Setakat ini jumlah kluster yang direkodkan adalah 1,591, bagaimanapun 1,240 telah tamat menjadikan jumlah kluster aktif 351.

Sembilan kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Paya Bemban, Kluster Jalan Indah Gemilang Satu, Kluster Industri Permata, Kluster Jalan Tenteram, Kluster Jalan Gemilang Tiga, Kluster Teluk Air Tawar, Kluster Jalan Hang Tuah, Kluster Jalan Perdana, dan Kluster Persiaran Jaya.

Sebanyak 66 kluster merekodkan pertambahan kes baharu pada hari ini dan antara yang tertinggi adalah Kluster Putai (199 kes), Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth (48 kes), dan Kluster Jalan Hospital (36 kes).

  • KLUSTER PUTAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kapit dan Bukit Mabong di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 19 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah empangan yang terletak di Putai, Kapit. Sehingga 25 April , sejumlah 358 individu disaring, di mana 243 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LADANG PARIS DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-382584) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang terletak di Kampung Paris 2, Kinabatangan. Sehingga 25 April, sejumlah 103 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MELAKA RAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381719) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Melaka Raya 8, Taman Melaka Raya, Melaka Tengah. Sehingga 25 April, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BUKIT NAGA

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-375243) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Bukit Naga, Shah Alam, Petaling. Sehingga 25 April, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KUALA GARING

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-388181) dilaporkan positif Covid-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Kuala Garing, Rawang, Gombak. Sehingga 25 April, sejumlah 230 individu telah disaring, di mana lima kes dikesan positif.

  • KLUSTER HALBAN DUA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 18 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Mukim Padang Halban, Melor, Kota Bharu. Sehingga 25 April, sejumlah 81 individu telah disaring, di mana 63 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PAGAR SRI LALANG

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385647) dilaporkan positif Covid-19 pada 23 April 2021 hasil saringan sebelum masuk ke pusat tahanan. Kluster ini melibatkan kakitangan dan tahanan-tahanan sebuah pusat tahanan yang terletak di Sri Lalang, Kluang. Sehingga 25 April, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER RAYANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 7 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti di Kampung Rayang, Serian. Sehingga 25 April, sejumlah 1,305 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment