Filipina catat 997,523 kes

MANILA 25 April – Filipina setakat petang ini merekodkan 997,523 kes jangkitan Covid-19 termasuk 8,162 kes yang dilaporkan hari ini.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga merekodkan 109 orang meninggal dunia hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 16,783 kematian.

Jumlah kes sembuh pula merekodkan 20,509 orang menjadikan jumlah keseluruhan pulih sebanyak 903,665 atau 90.6 peratus.

Kes aktif pula 77,075 atau 7.7 peratus.

Related posts

Leave a Comment