Arab Saudi catat penurunan kes

RIYADH 25 April – Selepas lima hari berturut-turut merekodkan lebih 1,000 kes, Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan kes jangkitan Covid-19 kurang daripada 1,000 dengan catatan 953 berbanding 1,072 semalam dan 1,098 hari sebelumnya.

Pada masa yang sama, 13 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 412,216 manakala kematian pula meningkat kepada 6,900 orang

Kementerian juga melaporkan 1,028 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 395,557.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 382 kes di Makkah diikuti 212 dan daerah Tiimur 152.

Related posts

Leave a Comment