Saudi catat kes harian tertinggi

RIYADH 22 April – Arab Saudi terus mencatatkan pertambahan kes apabila merekodkan 1,055 kes baharu positif Covid-19 berbanding 1,028 yang direkodkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 409,093 kes. Begitu juga dengan kematian yang menyaksikan 11 lagi pesakit meninggal dunia hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,869 kematian. Dalam tempoh yang sama, kementerain juga merekodkan 1,086 kes sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah pemulihan sebanyak 392,448. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan catatan 468 kes diikuti Makkah 206 dan wilayah Timur 166. Di samping itu, sebanyak 9,776…

Read More

Positif 1.6 juta, sembuh 1.4 juta

JAKARTA 22 April – Jumlah kumulatif kes Covid-19 di Indonesia kini mencecah 1,626,812 termasuk 6,243 kes baharu yang direkodkan hari ini manakala kes sembuh  5,993 menambah jumlah kumulatif pesakit pulih meningkat kepada 1,481,449. Bagi kes kematian pula, sebanyak 165 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kini 44,172 orang atau 2.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes. Jakarta merekodkan jumlah kumulatif tertinggi bagi kes positif dengan merekodkan 1,266 yang membawa kepada 402,376 kes manakala Jawa Barat merekodkan 1,358 kes, Jawa Tengah 600, Riau 419 dan Jawa Timur 291. Bagi kes sembuh,…

Read More

PKPD dua institusi agama

KUALA LUMPUR 22 April – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru dan Maahad Tahfiz al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, bermula esok 23 April sehingga 6 Mei 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu berikutan laporan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dua lokaliti berkenaan. KKM telah melaksanakan 228 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 13 kes positif direkodkan di SMKA Johor Bahru manakala di Maahad Tahfiz al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas,…

Read More

13 kluster baharu, 352 aktif

PUTRAJAYA 22 April – Sebanyak 13 kluster baharu direkodkan hari ini yang melibatkan lima kluster tempat kerja, empat komuniti, tiga sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan satu keagamaan. Setakat ini, 1,565 kluster dilaporkan di mana 1,213 kluster telah tamat termasuk empat yang tamat hari ini iaitu Kluster Putra Satu, Kluster Tapak Bina Jalan Kenangan, Kluster Balakong Satu, dan Kluster Siasai Tamu. Jumlah kluster aktif pula 352 manakala 74 kluster merekodkan pertambahan kes termasuk Kluster Kampung Domis (162 kes), Kluster Jalan Hospital (101 kes), dan Kluster Jalan Shah…

Read More

Kelantan dahului negeri lain

PUTRAJAYA 22 April – Kelantan mendahului kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 662 kes (23.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 567 kes (85.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor  sebanyak 633 kes (22.0 peratus) dan Sarawak sebanyak 474 kes (16.5 peratus). Kelantan: 662 kes  368 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mengkebang; 199 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 95 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Selangor: 633 kes …

Read More

Lonjakan kes 2,875, 7 kematian

PUTRAJAYA 22 April – Tambahan 500 kes baharu apabila jumlah jangkitan yang direkodkan hari ini melonjak kepada 2,875 berbanding 2,340 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 384,688 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu 2,846 merupakan penularan tempatan manakala 29 lagi merupakan kes import. Sebanyak 2,541 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 361,267 kes. Tujuh kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,407 kes, manakala 248 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 menerima bantuan alat pernafasan.

Read More

Singapura catat 24 kes baharu

SINGAPURA 22 April – Dua kes jangkitan tempatan adalah antara 24 kes yang direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura meningkat kepada 60,904. Kes tempatan itu adalah jangkitan dalam masyarakat dan satu lagi melibatkan penghuni asrama. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 22 lagi adalah kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Dalam pada itu, siasatan telah dibuat mengenai warga Bangladesh 35 tahun, penyelia binaan yang tinggal di asrama Westlite Woodlands yang disahkan positif Covid-19 pada 19 April lalu. Menurut MoH, satu operasi ujian…

Read More

Kes Filipina cecah 971,049

MANILA 22 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 8,767 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 971,049 kes dengan kes aktif 107,988. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 17,138 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 846,691 atau 87.2 peratus. Menurut DoH, jumlah kematian pula meningkat kepada 16,370 orang apabila 105 lagi pesakit meninggal dunia.

Read More

Kematian, kes positif Thailand meningkat

BANGKOK 22 April – Jumlah kes positif Covid-19 terus menunjukkan peningkatan di Thailand apabila 1,470 kes baharu direkodkan berbanding 1,458 semalam. Kes kematian juga meningkat apabila tujuh lagi meninggal dunia berbanding dua semalam menjadikan jumlah keseluruhan 117. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 48,113 manakala kematian pula 117. Kematian melibatkan empat lelaki berusia, 83; 45; 59 dan 86 manakala tiga wanita berusia 68; 80 dan 24 Daripada 1,470 kes baharu, semuanya kes tempatan di mana 1,370 kes disahkan di hospital manakala 100 melalui ujian pengesanan. Bangkok merekodkan peningkatan dengan 446 kes…

Read More