Kematian, kes positif Thailand meningkat

BANGKOK 22 April – Jumlah kes positif Covid-19 terus menunjukkan peningkatan di Thailand apabila 1,470 kes baharu direkodkan berbanding 1,458 semalam.

Kes kematian juga meningkat apabila tujuh lagi meninggal dunia berbanding dua semalam menjadikan jumlah keseluruhan 117.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 48,113 manakala kematian pula 117. Kematian melibatkan empat lelaki berusia, 83; 45; 59 dan 86 manakala tiga wanita berusia 68; 80 dan 24

Daripada 1,470 kes baharu, semuanya kes tempatan di mana 1,370 kes disahkan di hospital manakala 100 melalui ujian pengesanan.

Bangkok merekodkan peningkatan dengan 446 kes baharu, berbanding 350 pada Selasa dan 365 pada Rabu.

Nonthaburi merekodkan 118 kes, Chiang Mai 99, Chon Buri 97 dan 42 di Songkhla.

Daripada 48,113 kes, sebanyak 29,848 (62%) dilaporkan pulih termasuk  477 yang sembuh hari ini dan 18,148 masih mendapatkan rawatan di hospital.

Related posts

Leave a Comment