Positif 1.6 juta, sembuh 1.4 juta

JAKARTA 22 April – Jumlah kumulatif kes Covid-19 di Indonesia kini mencecah 1,626,812 termasuk 6,243 kes baharu yang direkodkan hari ini manakala kes sembuh  5,993 menambah jumlah kumulatif pesakit pulih meningkat kepada 1,481,449.

Bagi kes kematian pula, sebanyak 165 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kini 44,172 orang atau 2.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

Jakarta merekodkan jumlah kumulatif tertinggi bagi kes positif dengan merekodkan 1,266 yang membawa kepada 402,376 kes manakala Jawa Barat merekodkan 1,358 kes, Jawa Tengah 600, Riau 419 dan Jawa Timur 291.

Bagi kes sembuh, Jawa Tengah menambah 1,633 kes dengan kumulatifnya 159,190 orang, Jawa Barat 1.338, Jakarta 651 orang tetapi kumulatifnya yang tertinggi iaitu mencapai 388,659 orang, Yogyakarta 274  serta Jawa Timur 234.

Untuk kes pesakit meninggal dunia, terdapat lima provinsi dengan angka kematian tertinggi harian termasuk Jawa Tengah 37 kes, Jawa Barat 28, Jawa Timur 24, Riau 12 dan Jakarta 11 kes dan kumulatifnya 6.550 kes.

Mengenai vaksinasi, jumlah penerima kini melebihi 11 juta termasuk penerima vaksin harian sebanyak 163.498 orang.

Related posts

Leave a Comment