Kes Filipina cecah 971,049

MANILA 22 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 8,767 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 971,049 kes dengan kes aktif 107,988.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 17,138 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 846,691 atau 87.2 peratus.

Menurut DoH, jumlah kematian pula meningkat kepada 16,370 orang apabila 105 lagi pesakit meninggal dunia.

Related posts

Leave a Comment