Kelantan dahului negeri lain

PUTRAJAYA 22 April – Kelantan mendahului kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 662 kes (23.0 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 567 kes (85.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Selangor  sebanyak 633 kes (22.0 peratus) dan Sarawak sebanyak 474 kes (16.5 peratus).

  • Kelantan: 662 kes 
    • 368 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mengkebang;
    • 199 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 633 kes 
    • 87 kes daripada kluster-kluster, termasuk 70 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Shah Banting, Kluster Jalan Raji, Kluster Jalan Semtec, dan Kluster Jalan Salahuddin;
    • 443 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu kes import dari luar negara; dan
    • 102 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 474 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Banus;
    • 370 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 78 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 332 kes  
    • Tiga kes daripada kluster-kluster, termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Salahuddin;
    • 184 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 26 kes import dari luar negara; dan
    • 119 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 169 kes  
    • 88 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Industri Mekanikal dan Kluster Jalan Skin;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 160 kes 
    • 63 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kota Sawit;
    • 61 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu kes import dari luar negara; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 144 kes 
    • 58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment