Lonjakan kes 2,875, 7 kematian

PUTRAJAYA 22 April – Tambahan 500 kes baharu apabila jumlah jangkitan yang direkodkan hari ini melonjak kepada 2,875 berbanding 2,340 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 384,688 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu 2,846 merupakan penularan tempatan manakala 29 lagi merupakan kes import.

Sebanyak 2,541 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 361,267 kes.

Tujuh kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,407 kes, manakala 248 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 menerima bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment