Saudi catat kes harian tertinggi

RIYADH 22 April – Arab Saudi terus mencatatkan pertambahan kes apabila merekodkan 1,055 kes baharu positif Covid-19 berbanding 1,028 yang direkodkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 409,093 kes.

Begitu juga dengan kematian yang menyaksikan 11 lagi pesakit meninggal dunia hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,869 kematian.

Dalam tempoh yang sama, kementerain juga merekodkan 1,086 kes sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah pemulihan sebanyak 392,448.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan catatan 468 kes diikuti Makkah 206 dan wilayah Timur 166.

Di samping itu, sebanyak 9,776 kes aktif dilaporkan dan 1,182 daripadanya adalah dalam keadaan kritikal. 

Related posts

Leave a Comment