Filipina catat 7,379 kes baharu

MANILA 20 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 7,379 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan, 953,106 kes dengan kes aktif pula 127,006 atau 13.3 peratus.

Setakat pukul 4 petang ini juga, 93 orang dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 16,141 orang atau 1.69 peratus.

Kes sembuh pula meningkat kepada 809,959 atau 85.0 peratus apabila 21,664 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Related posts

Leave a Comment