1,443 kes baharu di Thailand

BANGKOK 20 April – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menunjukkan peningkatan berbanding semalam 1,394 kes apabila merekodkan 1,443 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 45,185.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, pada masa yang sama empat lagi meninggal dunia yang membawa kepada 108 kematian setakat ini.

Mereka yang meninggal dunia adalah wanita dan lelaki tempatan masing-masing berusia 78 di Bangkok, wanita India, 86 dan lelaki tempatan, 30 di Bangkok. Ada antara mereka menghidap penyakit kronik.

Daripada 1,443 kes yang direkodkan, 1,328 disahkan di hospital, 113 dikesan melalui ujian pengesanan dan dua yang dikuarantin sejurus tiba dari Denmark dan India.

Bagi 1,441 kes tempatan itu, ia melibatkan 68 wilayah di mana 350 kes direkodkan di Bangkok, diikuti Chiang Mai 116, Chon Buri 82, Samut Prakan 60 dan Pathum Thani 57.

Sebanyak 171 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pesakit pulih 28,958 manakala 16,119 sedang mendapatkan rawatan di hospital di mana 223 dalam keadaan kritikal dan 55 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment