Bazar Kepala Batas, Penaga diberi amaran

KEPALA BATAS 20 April – Dua penganjur bazar Ramadan di Pekan Kepala Batas dan Penaga dikenakan notis amaran selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, notis itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dalam operasi yang turut disertai pihaknya dan Jabatan Kesihatan Negeri, petang Selasa.

Notis amaran serta-merta itu dikeluarkan bagi memastikan penganjur menambah baik pematuhan SOP dan sekiranya gagal, tindakan penutupan akan diambil.

Noorzainy berkata antara kesalahan yang dikesan ialah penganjur gagal mengawal jumlah pengunjung, tidak mencatat nama yang betul pada buku catatan selain pekerja melebih dua orang di sebuah gerai

“Ada peniaga di sini gagal dapat maklumat apa yg harus dibuat… kegagalan pihak penganjur gagal memberi maklumat,” katanya selepas mengetuai Operasi Pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini.

Noorzainy berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan semula di kedua-dua bazar berkenaan pada Rabu bagi memastikan penganjur mematuhi notis yang dikeluarkan.

Related posts

Leave a Comment