Sarawak tambah kes baharu

PUTRAJAYA 20 April – Sarawak mendahului negeri lain dengan melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 600 kes (25.6 peratus) berbanding 589 semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 540 kes (90.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 539 kes (23.0 peratus) berbanding 457 kes semalam dan Kelantan sebanyak 429 kes (18.3 peratus) berbanding 290 semalam.

  • Sarawak: 600 kes
    • 116 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kampung Tengah Betong dan Kluster Sungai Rian;
    • 424 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 59 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 539 kes 
    • 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Meranti;
    • 375 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 145 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 429 kes 
    • 198 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pasir Mas -Pohon Tanjung;
    • 172 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 59 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 344 kes  
    • 17 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Dato Senu;
    • 207 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Enam kes import dari luar negara; dan
    • 114 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 102 kes  
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment