Arab Saudi catat 1,070 kes

RIYADH 14 April – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi kini mencecah 1,070, satu peningkatan berbanding 970 kes semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, 12 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam berbanding 11 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan 407,010 sementara kematian pula sebanyak 6,846.

Kementerian juga melaporkan 940 pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah

keseluruhan 390,538 manakala kes aktif 9,626 di mana 1,105 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 483 kes diikuti Makkah 209 dan daerah Timur 157.

Related posts

Leave a Comment