Kes baharu meningkat

PUTRAJAYA 20 April – Sebanyak 2,341 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 379,473 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah kes baharu itu, 2,334 adalah kes tempatan yang melibatkan 2,209 warganegara dan lima bukan warganegara manakala tujuh kes import melibatkan dua warganegara dan lima bukan warganegara.

Sebanyak empat kes (0.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Jalan Salleh (3 kes) dan Kluster Tembok Sri Aman (1 kes).

Kes sembuh pula meningkat kepada 356,816 kes termasuk 1,592 pesakit yang disahkan pulih hari ini manakala kes aktif 21,268.

Sebanyak 249 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 95 memerlukan bantuan pernafasan.

Tiga kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu kes di Selangor, Sarawak, dan Sabah. Sebanyak dua kes melibatkan warganegara dan satu bukan warganegara.

Related posts

Leave a Comment