6 positif selepas vaksinasi

KOTA KINABALU 19 April – Enam petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sabah, dijangkiti Covid-19 selepas menerima dua dos suntikan vaksin.

Situasi itu berlaku di antaranya disebabkan pendedahan kepada kontak rapat serta individu yang terlibat disahkan positif sebelum menerima suntikan imunisasi berkenaan.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya  sempena Majlis Perasmian Program Vaksinasi Covid-19 Fasa 2 Peringkat Negeri, di Kota Kinabalu, hari ini.

Situasi itu berlaku adalah disebabkan oleh satu kontak rapat dan keduanya dia positif selepas kurang daripada seminggu mendapat suntikan vaksin.

Ini bermakna bahawa apabila diberi vaksin tidak 100 peratus kita tidak akan dijangkiti, tetapi ia akan meningkatkan imunisasi dalam badan kita.

“Jadi itulah tujuan vaksin adalah meningkatkan imunisasi agar penularan jangkitan virus ini akan dapat kita bendung dan kurangkan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment