Arab Saudi catat 970 kes harian

RIYADH 19 April – Arab Saudi merekodkan 970 kes baharu Covid-19 dengan 11 kematian dalam tempoh 24 jam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) dengan perkembangan ini, jumlah kes meningkat kepada 405,940 dan 6,834 kematian. Sebanyak 896 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 389,598 orang  pulih daripada jangkitan. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 438 kes diikuti Makkah  227 kes dan daerah Timur 131 kes. MoH juga memaklumkan terdapat 9,508 kes aktif di mana 1,087 dalam keadaan kritikal.

Read More

Kes di Filipina 945,745

MANILA 19 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 9,628 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 945,745 kes dengan 141,375 kes aktif. Sehingga pukul 4 petang hari ini, DoH juga mencatatkan 9,266 pesakit sembuh yang menjadikan jumlah kumulatif pulih 788,322 atau 83.4 peratus. Kes kematian pula meningkat kepada 16,048 orang termasuk 88 yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Read More

1,394 kes, 3 kematian di Thailand

BANGKOK 19 April – Tiga kematian dan 1,394 kes baharu Covid-19 termasuk enam import direkodkan di Thailand menjadikan jumlah keseluruhan 104 orang meninggal dunia dan 43,742 kes jangkitan. Jumlah kes harian ini adalah lebih rendah berbanding 1,767 kes yang direkodkan semalam (Ahad), 1,547 (Sabtu), 1,582 (Jumaat) dan 1,543 pada Khamis. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan kematian baharu melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun, wanita berusia 84 tahun dan wanita berusia 61 tahun Enam kes import pula melibatkan warga India yang tiba dari India, dan lima warganegara Thai iaitu dua…

Read More

Enam kluster pendidikan dikesan

PUTRAJAYA 19 April – Sebanyak 14 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan enam kluster pendidikan termasuk satu kluster sekolah/ institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), empat kluster komuniti, tiga kluster tempat kerja, dan satu kluster keagamaan. Jumlah kluster pula 1,534 di mana 1,194 kluster tamat termasuk 12 hari ini iaitu Kluster Taman Tunku, Kluster Jalan Helang, Kluster Jalan Delima, Kluster Jalan Mega Lima, Kluster Jalan Kunci Air, Kluster Kampung Nyatoh, Kluster Jalan PKNK 1/6, Kluster Jalan Sikamat Lama, Kluster Batu Empat, Kluster Jalan Tun Razak, Kluster DTI Machap…

Read More

Peningkatan kes harian di Sarawak

PUTRAJAYA 19 April – Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 589 kes (28.3 peratus) berbanding 508 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 450 kes (76.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 457 kes (22.0 peratus) dan Kelantan sebanyak 290 kes (14.0 peratus). Sarawak: 589 kes 152 kes daripada kluster-kluster, termasuk 85 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Duan, Kluster Sungai Passin, dan Kluster Sungai Selitut; 298 kes daripada saringan kontak rapat kes positif…

Read More

2,078 kes baharu, 8 kematian

PUTRAJAYA 19 April – Kementerian Kesihatan mengumumkan 2,078 lagi kes positif Covid-19 direkodkan hari Ini menjadikan jumlah keseluruhan 377,132 kes. Daripada jumlah itu, 13 adalah kes import yang melibatkan tiga warganegara dan 10 bukan warganegara. Bagi kes tempatan pula, sebanyak 1,885 adalah warganegara (91.3%) manakala 180 bukan warganegara (8.7%) sementara kes aktif 20,522 kes. Sebanyak 13 kes (0.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (12 kes) dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes). Di samping itu, 228 pesakit memerlukan rawatan di Unit…

Read More

6 positif selepas vaksinasi

KOTA KINABALU 19 April – Enam petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sabah, dijangkiti Covid-19 selepas menerima dua dos suntikan vaksin. Situasi itu berlaku di antaranya disebabkan pendedahan kepada kontak rapat serta individu yang terlibat disahkan positif sebelum menerima suntikan imunisasi berkenaan. Perkara itu didedahkan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya  sempena Majlis Perasmian Program Vaksinasi Covid-19 Fasa 2 Peringkat Negeri, di Kota Kinabalu, hari ini. Situasi itu berlaku adalah disebabkan oleh satu kontak rapat dan keduanya dia positif selepas kurang daripada seminggu mendapat suntikan vaksin. Ini…

Read More

Sekolah zon merah ditutup

KUCHING 19 April – Semua sekolah di zon merah Covid-19 di Sarawak ditutup dua minggu bermula esok demi kesihatan pelajar dan masyarakat di zon itu, kata Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg . “Ini kerana kita mendapati terdapat penularan baharu di sekolah dan ia boleh mengakibatkan pelajar menyebarkan virus ini kepada ibu-bapa dan sebaliknya. Ada pula guru yang menjangkiti warga sekolah yang lain,” jelasnya. Setakat Ahad, lebih 100 kes jangkitan COVID-19 direkodkan melibatkan warga sekolah di seluruh Sarawak termasuk 99 kes yang dikesan di sebuah sekolah menengah di Ulu Balingian.…

Read More