Sekolah zon merah ditutup

KUCHING 19 April – Semua sekolah di zon merah Covid-19 di Sarawak ditutup dua minggu bermula esok demi kesihatan pelajar dan masyarakat di zon itu, kata Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg .

“Ini kerana kita mendapati terdapat penularan baharu di sekolah dan ia boleh mengakibatkan pelajar menyebarkan virus ini kepada ibu-bapa dan sebaliknya. Ada pula guru yang menjangkiti warga sekolah yang lain,” jelasnya.

Setakat Ahad, lebih 100 kes jangkitan COVID-19 direkodkan melibatkan warga sekolah di seluruh Sarawak termasuk 99 kes yang dikesan di sebuah sekolah menengah di Ulu Balingian.

Jangkitan turut dikesan di sebuah sekolah rendah agama di Sibu dengan 20 kes setakat Sabtu.

Indeks kes merupakan seorang guru yang mengalami gejala pada 9 April 2021.

Kes pernah melakukan pergerakan rentas zon ke Daerah Kabong, Betong pada 31 Mac hingga 4 April lepas semasa cuti sekolah.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Douglas Uggah Embas mengesahkan institusi pendidikan awal kanak kanak turut ditutup untuk tempoh sama bermula esok.

Untuk rekod, Sarawak mempunyai 15 daerah berstatus zon merah yang mencatatkan jumlah 5654 kes dalam tempoh 14 hari lalu.

Related posts

Leave a Comment