Peningkatan kes harian di Sarawak

PUTRAJAYA 19 April – Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 589 kes (28.3 peratus) berbanding 508 semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 450 kes (76.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 457 kes (22.0 peratus) dan Kelantan sebanyak 290 kes (14.0 peratus).

  • Sarawak: 589 kes
    • 152 kes daripada kluster-kluster, termasuk 85 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Duan, Kluster Sungai Passin, dan Kluster Sungai Selitut;
    • 298 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 139 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 457 kes 
    • 74 kes daripada kluster-kluster, termasuk 42 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sulah 16;
    • 295 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 85 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 290 kes 
    • 122 kes daripada kluster-kluster, termasuk 29 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Hospital, Kluster Tangok, dan Kluster Pulai Chondong;
    • 135 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 153 kes  
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
    • 82 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 61 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 125 kes 
    • 45 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tagasan;
    • 62 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 115 kes  
    • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Medan Aliff, Kluster Cyber Park, dan Kluster Jalan Cahaya Baru;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Empat kes import dari luar negara; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment