1,394 kes, 3 kematian di Thailand

BANGKOK 19 April – Tiga kematian dan 1,394 kes baharu Covid-19 termasuk enam import direkodkan di Thailand menjadikan jumlah keseluruhan 104 orang meninggal dunia dan 43,742 kes jangkitan.

Jumlah kes harian ini adalah lebih rendah berbanding 1,767 kes yang direkodkan semalam (Ahad), 1,547 (Sabtu), 1,582 (Jumaat) dan 1,543 pada Khamis.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan kematian baharu melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun, wanita berusia 84 tahun dan wanita berusia 61 tahun

Enam kes import pula melibatkan warga India yang tiba dari India, dan lima warganegara Thai iaitu dua dari Bahrain, dua dari Malaysia dan seorang dari Emiriyah Arab Bersatu.

Related posts

Leave a Comment