Sembilan kluster baharu

PUTRAJAYA 13 April- Sembilan kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan empat kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,478 kluster dan daripada jumlah itu, 1,134 kluster telah tamat termasuk 10 hari ini iaitu Kluster Jalan Sekerat, Kluster Jalan Taiping, Kluster Tapak Bina Meha, Kluster Jalan Nusa Mega, Kluster Cyber 72, Kluster Jalan Industri Tiga Pontian, Kluster Taman Alam, Kluster Tapak Bina Bukit Kiara, Kluster Buloh, dan Kluster Pasai.

Jumlah  kluster aktif adalah 344 dan 62 kluster merekodkan pertambahan kes baharu termasuk Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth (137 kes), Kluster Jalan Puncak Borneo (60 kes), dan Kluster Jalan Bambangan (47 kes).

  • KLUSTER JALAN PUNCAK BORNEO

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 11 April 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Kluster ini melibatkan pelatih-pelatih sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Puncak Borneo, Kuching. Sehingga 13 April, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 61 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN RAJA LAUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Kepong, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-356489) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Raja Laut, Lembah Pantai. Sehingga 13 April, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN HISHAMUDDIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361396) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat pengangkutan yang terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, Lembah Pantai. Sehingga 13 April, sejumlah 79 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER LEBUH WAWASAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya, daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355751) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya.   Sehingga 13 April, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TABANAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359696) dilaporkan positif Covid-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu Kampung Tabanak, Lahad Datu. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG GAYANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-352360) dilaporkan positif Covid-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan pada 28 Mac 2021 di Kampung Gayang, Tuaran. Sehingga 13 April, sejumlah 548 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAMAN MALIM JAYA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362108) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Malim Jaya, Melaka. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SALLEH

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 3 April 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Salleh, Muar. Sehingga 13 April, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BUKIT BELIDA

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357128) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 April 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat keagamaan yang terletak di Jalan Bukit Belida 1, Seremban. Sehingga 13 April , sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment