RIYADH 13 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi kini melebihi  400,000 kes dengan catatan 400,228 selepas 951 lagi kes baharu direkodkan. Menurut Kementerian Kesihatan lapan lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kematian 6,773. Pada masa yang sama, sebanyak 608 kes telah sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pulih 384,635 kes. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 389 kes diikuti Makkah 212 dan daerah Timur 144. Terdapat 8,820 kes aktif di mana 962 kritikal.

Read More

Indonesia catat 1.5 juta kes

JAKARTA 13 April – Indonesia merekodkan 5,702 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 1,577,526 kes dengan kes aktif pula 108.599. Lima provinsi merekodkan angka tertinggi iaitu Jawa Barat 1,456 dan kumulatifnya  261.504 kasus, Jawa Tengah 859 (175.316), Jakarta 828 (394,118), Riau 253 (37,394) dan Jawa Timur 249 kes dan kumulatifnya 143.054 kes. Kes sembuh puka meningkat kepada 1,426,145 selepas 6,349 lagi pesakit dilaporkan sembuh Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu  Jawa Tengah 1,952  orang dan kumulatifnya 142.318 orang, Jawa Barat 1,073  (230.668), Jakarta 900 (381,406), Yogyakarta…

Read More

8,571 kes baharu Filipina

MANILA 13 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 8,571 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 884,783 kes. Setakat pukul 4 petang hari ini, sebanyak 400 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif sembuh 703,963 atau 79.6 peratus. Bagi tempoh yang sama, jumlah kematian meningkat kepada 15,286 orang selepas 137 lagi pesakit meninggal dunia. Kes aktif pula adalah 165,534.

Read More

Hari ketiga Thailand lepasi 900 kes

BANGKOK 13 April – Hari ketiga berturut-turut Thailand merekodkan lebih 900 kes harian dengan merekodkan 965 kes baharu Covid-19, sembilan daripadanya kes import menjadikan jumlah keseluruhan 34,575 kes. Semalam Thailand merekodkan 985 kes dan sebelum itu 967 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Chiang Mai merekodkan 251 kes diikuti Bangkok (194), Chon Buri (97) dan Prachuap Khiri Khan (73). Lima daripada sembilan kes import pula adalah dari Malaysia dan masing-masing satu dari Switzerland, Pakistan, India dan Jerman. Sebanyak 40 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif 28,288 kes manakala…

Read More

Sembilan kluster baharu

PUTRAJAYA 13 April- Sembilan kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan empat kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,478 kluster dan daripada jumlah itu, 1,134 kluster telah tamat termasuk 10 hari ini iaitu Kluster Jalan Sekerat, Kluster Jalan Taiping, Kluster Tapak Bina Meha, Kluster Jalan Nusa Mega, Kluster Cyber 72, Kluster Jalan Industri Tiga Pontian, Kluster Taman Alam, Kluster Tapak Bina Bukit Kiara, Kluster Buloh, dan Kluster Pasai. Jumlah  kluster aktif adalah 344 dan 62 kluster…

Read More

Sarawak mendahului negeri lain

PUTRAJAYA 13 April – Sarawak mendahului kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 607 kes (34.4 peratus) berbanding 351 kes semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 319 kes (52.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor yang juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 483 kes (27.3 peratus) berbanding 303 semalam dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 133 kes (7.5 peratus) berbanding 116 semalam. Sarawak: 607 kes 174 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Puncak…

Read More

Peningkatan kes harian

PUTRAJAYA 13 April – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1,767 kes baharu hari ini berbanding 1,317 kes yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,758 adalah kes tempatan dan sembilan kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 363,940. Bagi kes tempatan, 1,508 adalah warganegara (85.8%) manakala 250 bukan warganegara (14.2%) sementara kes import pula melibatkan dua warganegara dan tujuh bukan warganegara. Sebanyak 21 kes (1.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Jalan…

Read More

Konsisten dengan amalan kesihatan

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik Covid-19 masih jauh untuk tamat sekiranya penduduk tidak konsisten mengamalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19. Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata,peningkatan kes Covid-19 adalah disebabkan kekeliruan, rasa puas hati dan tidak konsisten dalam mengamalkan langkah-langkah kesihatan. Menurutnya, walaupun 780 juta vaksin telah diberikan secara global namun langkah kesihatan termasuk memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal masih harus menjadi amalan. Bercakap pada taklimat media di Geneva semalam, beliau berkata, WHO juga ingin melihat masyarakat dan ekonomi kembali dibuka dengan perjalanan dan perdagangan kembali seperti…

Read More