Peningkatan kes harian

PUTRAJAYA 13 April – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1,767 kes baharu hari ini berbanding 1,317 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,758 adalah kes tempatan dan sembilan kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 363,940.

Bagi kes tempatan, 1,508 adalah warganegara (85.8%) manakala 250 bukan warganegara (14.2%) sementara kes import pula melibatkan dua warganegara dan tujuh bukan warganegara.

Sebanyak 21 kes (1.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Jalan Salleh (11 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (7 kes), dan Kluster Telok Mas (3 kes).

Dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham memaklumkan kes sembuh meningkat kepada 346,295 apabila 1,290 lagi dilaporkan pulih sementara kes aktif 16,300 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah  199 kes di mana 82 memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat 12 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing empat kes di Sabah dan Sarawak, tiga kes di Selangor, dan satu kes di Terengganu. Kesemua kes melibatkan warganegara.

Related posts

Leave a Comment