RIYADH 13 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi kini melebihi  400,000 kes dengan catatan 400,228 selepas 951 lagi kes baharu direkodkan.

Menurut Kementerian Kesihatan lapan lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kematian 6,773.

Pada masa yang sama, sebanyak 608 kes telah sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pulih 384,635 kes.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 389 kes diikuti Makkah 212 dan daerah Timur 144.

Terdapat 8,820 kes aktif di mana 962 kritikal.

Related posts

Leave a Comment