135.855 juta kes, 2.93 juta kematian

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 global kini melebihi 135.855 juta, dengan jumlah kematian meningkat kepada 2.93 juta orang.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan sehingga pukul 10 pagi ini, Amerika Syarikat (AS) paling terjejas dengan catatan kes dan kematian tertinggi.

Daripada 135,855,351 kes seluruh dunia, AS merekodkan 31,196,121 kes dan 562,064 orang meninggal dunia daripada 2,934,981 kematian global.

Brazil dan India pula merekodkan lebih 13 juta kes dengan masing-masing mencatatkan 13,482,023 dan 13,358,805.

Ini diikuti Perancis 5,119,585, Rusia 4,589,209, United Kingdom 4,384,610, Turki  3,849,011, Itali 3,769,814, Sepanyol 3,347,512, Jerman 3,012,158, Poland 2,574,631, Colombia 2,536,198, Argentina 2,532,562, Mexico 2,280,213 dan Iran 2,070,141.

Sembilan negara merekodkan lebih satu juta kes didahului Ukraine 1,905,430, Peru  1,639,767, Czechia 1,580,189, INDONESIA 1,566,995, Afrika Selatan 1,558,458, Netherlands 1,374,451, Chile 1,076,499, Kanada 1,067,764 dan Romania 1,006,167.

Iraq dan Belgium menuju angka satu juta kes dengan masing-masing merekodkan 924,946 dan 922,487 kes.

FILIPINA berada dalam kelompok lebih 800,000 kes dengan 864,868 kes diikuti Sweden 857,401, Israel 835,933 dan Portugal 827,494.

Sembilan negara merekodkan lebih 500,000 kes didahului Pakistan 721,018, Hungary 720,164, Bangladesh 684,756, Jordan 665,735, Serbia 642,208, Switzerland  617,543, Austria 577,007, Jepun 506,237 dan Morocco 502,102.

Ini diikuti Lebanon 496,846, Emiriyah Arab Bersatu 483,747, Arab Saudi 398,435, Bulgaria 371,993, Slovakia 371,062, MALAYSIA 360,856, Panama 358,611, Ecuador 346,817, Belarus 336,038 dan Kazakhstan 320,881.

Sebanyak 21 negara merekodkan lebih 200,000 kes dan 19 negara mencatatkan lebih 100,000 kes.

Sementara itu, Brazil merekodkan 353,137 kematian diikuti Mexico 209,338, India 169,275, United Kingdom 127,331, Itali 114,254, Rusia 101,282, Perancis 98,909 Jerman 78,425, Sepanyol 76,328, Colombia 65,889, Iran 64,490, Poland  58,421, Argentina 57,779, Peru 54,669, Afrika Selatan 53,322, dan Indonesia 42,530.

Ukraine pula merekodkan 38,718, Turki 33,939, Czechia 27,808, Romania 25,135, Chile 24,346, Belgium 23,428, Hungary 23,417, Kanada 23,294, Ecuador 17,293, Netherlands 16,959, Portugal 16,916, Pakistan 15,443, Filipina 14,945, Iraq 14,713, Bulgaria 14,418, Sweden 13,621, Mesir 12,445, Bolivia 12,442, Slovakia 10,565, dan Switzerland 10,453.

Related posts

Leave a Comment