783 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 7 April – Tidak banyak berubah apabila Arab Saudi merekodkan 783 kes positif Covid-19 hari ini berbanding 792 kes semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan 394,052 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, lapan lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kematian 6,719 orang. Bagi tempoh 24 jam juga, seramai 417 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 381,189 manakala kes aktif pula 7,044 dengan 852 dalam keadaan kritikal. Sementara itu Riyadh merekodkan 341 kes baharu diikuti Makkah 142 dan daerah Timur 131 kes.

Read More

Lebih 9 juta terima vaksin

JAKARTA 7 April – Lebih sembilan juta orang telah diberi suntikan vaksin Covid-19 di bawah program vaksinasi Indonesia. Hari ini, sebanyak 212,391 orang menerima vaksin yang menjadikan jumlah keseluruhan penerima meningkat kepada 9,187,757. Daripada jumlah itu, penerima vaksin kedua meningkat kepada 4,547,580 di mana sasaran vaksinasi berjumlah 40.349.049 orang. Mengenai kes positif pula, sebanyak 4,860 kes direkodkan dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,547,376 kes. Lima provinsi merekodkan kes harian tertinggi dengan Jakarta menambah 862 kes dan kumulatifnya 388,338, Jawa Barat 81, Jawa Tengah 535, Jawa Timur  346 dan Yogyakarta 272…

Read More

Anwar juga nafi audio tular

SHAH ALAM  7 April- Presiden PKR, Anwar Ibrahim malam ini menafikan penglibatan beliau dalam audio tular berhubung perbualan bersama Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, terdapat usaha untuk memfitnah beliau dengan kaedah yang lebih canggih. “Ini nak gunakan kita, nak lawan politik dalam UMNO, nak guna kononnya perbualan saya dengan Zahid untuk politik Bersatu nak menikam pimpinan UMNO. “Ini bukan kerja saya. Sebab itu, saya juga akan arah pegawai saya buat laporan polis,” katanya  ketika berucap di Majlis Perasmian dan Pelancaran Bilik Gerakan Utama KEADILAN Selangor malam ini.. Ketua Pembangkang…

Read More

Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 7 April – Thailand merekodkan 334 kes baharu Covid-19, jumlah yang meningkat berbanding 250 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 29,905 kes manakala kes kematian kekal 95. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, 327 adalah kes jangkitan tempatan dan selebihnya kes import. Sebanyak 174 kes disahkan di hospital dan 153 melalui ujian di lapangan. Bangkok merekodkan 216 kes di mana 133 melalui ujian pengesanan dan 83 disahkan di hospital manakala Samut Sakhon merekodkan 12 kes, Nonthaburi (8) Suphan Buri (8), Prachuap Khiri Khan (6), Pathum Thani (3), Chiang Mai (2), dan…

Read More

Filipina tambah 6,414 kes

MANILA  7 April – Jabatan Kesihatan Filipina merekodkan 6,414 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 819,164 kes. Setakat pukul 4 petang hari ini, sebanyak 163 kes sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada 646,404 orang pesakit pulih atau 78.9 peratus manakala kes aktif 158,701. Bagi tempoh yang sama, seramai 242 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan 14,059 kematian.

Read More

10 tamat, 10 kluster baharu

PUTRAJAYA 7 April – Sepuluh kluster baharu direkodkan hari ini yang melibatkan enam kluster tempat kerja, dua komuniti dan masing-masing satu pusat tahanan dan kluster import menjadikan jumlah keseluruhan 1,431. Daripada jumlah keseluruhan itu, 10 kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Loke Yew, Kluster Jalan Limau Manis, Kluster Jalan Cyber Satu, Kluster Vista Hilir, Kluster Batu Sebelas, Kluster Tembok Bendera, Kluster Pona, Kluster Jalan Maju Satu, Kluster Tapak Bina Jalan MP, dan Kluster Kampung Sungai Burung. Jumlah kluster aktif pula 354 kluster dengan 64 kluster merekodkan pertambahan kes…

Read More

Sarawak masih mendahului kes

PUTRAJAYA 7 April – Sarawak masih mendahului catatan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 332 kes (29.1 peratus) berbanding 385 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 276 kes (83.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 294 kes (25.8 peratus) dan Johor sebanyak 102 kes (9.0 peratus). Sarawak: 332 kes 161 kes daripada kluster-kluster, termasuk 125 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bangunan Kerajaan dan Kluster Sungai Kawi; 115 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu…

Read More

1,139 kes baharu, 1,199 sembuh

PUTRAJAYA 7 April – Sebanyak 1,139 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 354,468 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara. Sebanyak 27 kes (2.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (19 kes), Kluster Tembok Tapah (4), Kluster Tembok Sri Aman (3), dan Kluster Tembok Choh Dua (1). Kes sembuh meningkat sebanyak 1,199, menjadikan jumlah kumulatif adalah…

Read More

Quek Leng Chan bilionair Malaysia

KUALA LUMPUR 7 April – Senarai bilionair Forbes ke-35 menyenaraikan pengasas bersama Hong Leong Group, Quek Leng Chan sebagai bilionair paling kaya di negara ini dengan nilai bersih AS$9.7 bilion (RM40 bilion). Ini diikuti oleh T Ananda Krishnan (AS$5.8 bilion); dan pengasas Public Bank Bhd, Teh Hong Piow (AS$5.7 bilion). Empat muka baharu dari Malaysia turut  disenaraikan tahun ini meskipun dunia berdepan pandemik Covid-19. Ia melibatkan adik beradik Tan dari MR DIY Group (M) Bhd iaitu Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei; Pengerusi Eksekutif Westports Holdings Bhd, Tan Sri…

Read More

Pengimarahan Ramadan di Perlis

KANGAR 7 April – Solat tarawih di Perlis boleh dilakukan dalam dua sesi bagi mengelakkan limpahan kehadiran jemaah sepanjang bulan Ramadan ini. Sesi pertama boleh dilakukan pada pukul 9 malam sehingga 10.30 malam, manakala sesi kedua mulai 10.30 malam sehingga 12 tengah malam. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, aktiviti mengimarahkan masjid dan surau  perlu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan. Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, aktiviti yang dibenarkan adalah seperti…

Read More