Filipina tambah 6,414 kes

MANILA  7 April – Jabatan Kesihatan Filipina merekodkan 6,414 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 819,164 kes.

Setakat pukul 4 petang hari ini, sebanyak 163 kes sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada 646,404 orang pesakit pulih atau 78.9 peratus manakala kes aktif 158,701.

Bagi tempoh yang sama, seramai 242 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan 14,059 kematian.

Related posts

Leave a Comment