10 tamat, 10 kluster baharu

PUTRAJAYA 7 April – Sepuluh kluster baharu direkodkan hari ini yang melibatkan enam kluster tempat kerja, dua komuniti dan masing-masing satu pusat tahanan dan kluster import menjadikan jumlah keseluruhan 1,431.

Daripada jumlah keseluruhan itu, 10 kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Loke Yew, Kluster Jalan Limau Manis, Kluster Jalan Cyber Satu, Kluster Vista Hilir, Kluster Batu Sebelas, Kluster Tembok Bendera, Kluster Pona, Kluster Jalan Maju Satu, Kluster Tapak Bina Jalan MP, dan Kluster Kampung Sungai Burung.

Jumlah kluster aktif pula 354 kluster dengan 64 kluster merekodkan pertambahan kes termasuk yang tertinggi iaitu Kluster Sungai Kawi (119 kes), Kluster Jalan Padang Benggali (20 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (19 kes).

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN SIMPANG BALAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 29 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat yang terletak di Jalan Simpang Balak, Kampung Sungai Balak, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 7 April , sejumlah 90 individu telah disaring, di mana 20  kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KERETAPI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Keretapi Lama, Kampung Perepat, Kapar, Klang. Sehingga 7 April, sejumlah 192 individu disaring, di mana 81  kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUNGAI KLUANG EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 18 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang 4, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 7 April, sejumlah 444 individu disaring, di mana 33  kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PADANG BENGGALI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 28 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Padang Benggali, Teluk Air Tawar, Butterworth, Seberang Perai Utara. Sehingga 7 April , sejumlah 127 individu disaring, di mana 42 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BANGUNAN KERAJAAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Beluru dan Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342623) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Bangunan Kerajaan, Beluru. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERSIARAN INDAHPURA UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345968) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Indahpura Utama, Kulai. Sehingga 7 April, sejumlah 36 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUNGAI KAWI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong dan Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344992) dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Kawi,  Meradong. Sehingga 7 April, sejumlah 224 individu telah disaring, di mana 127 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PERSIARAN PUTRI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai, Kota Tinggi, Muar, dan Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-352469) dilaporkan positif Covid-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang telah berlangsung pada 28 Mac 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Persiaran Sri Putri, Taman Putri Kulai, Kulai. Sehingga 7 April, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TEMBOK CHOH DUA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345986) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 April 2021 hasil saringan sebelum masuk wad. Nama kluster merujuk kepada lokaliti pusat tahanan yang terletak di Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru. Sehingga 7 April, sejumlah 155 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER HIGHLINE

Kluster import ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-351406) dilaporkan positif Covid-19 pada 5 April 2021 hasil saringan sign off. Kluster ini melibatkan krew-krew sebuah kapal yang berlabuh di Perairan Pengerang, Kota Tinggi. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana lima kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment