783 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 7 April – Tidak banyak berubah apabila Arab Saudi merekodkan 783 kes positif Covid-19 hari ini berbanding 792 kes semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan 394,052 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, lapan lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kematian 6,719 orang.

Bagi tempoh 24 jam juga, seramai 417 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 381,189 manakala kes aktif pula 7,044 dengan 852 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu Riyadh merekodkan 341 kes baharu diikuti Makkah 142 dan daerah Timur 131 kes.

Related posts

Leave a Comment