Lebih 9 juta terima vaksin

JAKARTA 7 April – Lebih sembilan juta orang telah diberi suntikan vaksin Covid-19 di bawah program vaksinasi Indonesia.

Hari ini, sebanyak 212,391 orang menerima vaksin yang menjadikan jumlah keseluruhan penerima meningkat kepada 9,187,757.

Daripada jumlah itu, penerima vaksin kedua meningkat kepada 4,547,580 di mana sasaran vaksinasi berjumlah 40.349.049 orang.

Mengenai kes positif pula, sebanyak 4,860 kes direkodkan dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,547,376 kes.

Lima provinsi merekodkan kes harian tertinggi dengan Jakarta menambah 862 kes dan kumulatifnya 388,338, Jawa Barat 81, Jawa Tengah 535, Jawa Timur  346 dan Yogyakarta 272 kes.

Pesakit sembuh pula meningkat kepada 1,391,742 atau 89.9 peratus berikutan penambahan 5,769 kes pulih hari ini.

Lima wilayah merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu Jawa Tengah 2,222 orang dan kumulatifnya 132,934 orang, Jawa Barat 735, Jakarta 626,  Sulawesi Selatan 245 dan Jawa Timur 243 orang.

Sementara itu, jumlah pesakit yang meninggal dunia bertambah 87 kes dengan kumulatifnya 42,064 orang.

Lima provinsi yang mencatatkan kes kematian tertinggi harian adalah Jawa Timur 35  kes dan kumulatifnya 10,109,  Jakarta 11, Kalimantan Timur enam, Sumatera Selatan enam kes dan Riau empat kes.

Kes aktif yang masih memerlukan rawatan pula adalah 113,570.

Related posts

Leave a Comment