Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 7 April – Thailand merekodkan 334 kes baharu Covid-19, jumlah yang meningkat berbanding 250 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 29,905 kes manakala kes kematian kekal 95.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, 327 adalah kes jangkitan tempatan dan selebihnya kes import. Sebanyak 174 kes disahkan di hospital dan 153 melalui ujian di lapangan.

Bangkok merekodkan 216 kes di mana 133 melalui ujian pengesanan dan 83 disahkan di hospital manakala Samut Sakhon merekodkan 12 kes, Nonthaburi (8) Suphan Buri (8), Prachuap Khiri Khan (6),

Pathum Thani (3), Chiang Mai (2), dan masing-masing satu kes di Ayutthana, Lampang dan Nakhon Pathom, Khon Kaen (2), Samut Prakan (15), Chon Buri (6), satu kes masing-masing di Chanthaburi, Udon Thani, Songkhla, Narathiwat, Phuket dan Rayong dan 20 kes di Sa Kaeo.

Kes di Bangkok, Samut Prakan, Chon Buri, Nonthaburi, Pathum Thani, Nakhon Pathom dan Ayutthaya ada kaitan dengan tempat hiburan di Bangkok.

Sebanyak 15 kes aktif dilaporkan di Samut Prakan dan lima di Chon Buri sementara tujuh kes import yang dikuarantin selepas ketibaan dari Sudan, India (2), Pakistan, Switzerland, Jepun dan Emiriyah Arab Bersatu.

Sementara itu, dari 29,905 kes, sebanyak 28,069 (93%) dilaporkan pulih termasuk 11 yang sembuh hari ini manakala 1,741 masih mendapatkan rawatan di hospital, di mana 13 kritikal, tujuh daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment