Sarawak masih mendahului kes

PUTRAJAYA 7 April – Sarawak masih mendahului catatan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 332 kes (29.1 peratus) berbanding 385 semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 276 kes (83.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 294 kes (25.8 peratus) dan Johor sebanyak 102 kes (9.0 peratus).

  • Sarawak: 332 kes
    • 161 kes daripada kluster-kluster, termasuk 125 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bangunan Kerajaan dan Kluster Sungai Kawi;
    • 115 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 55 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 294 kes 
    • 71 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Simpang Balak dan Kluster Jalan Keretapi;
    • 168 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 55 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 102 kes  
    • 47 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Persiaran Putri, Kluster Persiaran Indahpura Utama, Kluster Tembok Choh Dua, dan Kluster Highline [Kluster ini melibatkan empat (4) kes import dari luar negara];
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 93 kes 
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 22 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Padang Benggali dan Kluster Sungai Kluang Empat;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan Covid-19

Related posts

Leave a Comment