5,418 kes baharu Indonesia

JAKARTA 28 Nov. – Indonesia merekodkan 5,418 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 527,999 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah 125 orang yang membawa kepada jumlah kumulatif 16,646 orang.

Kes sembuh pula merekodkan 4,527 orang menjadikan jumlah 441.983 pesakit pulih daripada jangkitan.

Pertambahan kes jangkitan berlaku di seluruh wilayah termasuk Provinsi Jakarta yang merekodkan kes tertinggi dengan 1,370 kes diikuti Jawa Tengah 1,118, Jawa Timur 453, Jawa Barat 367 dan Banten 234.

Jumlah pesakit sembuh pula menunjukkan Jakarta merekodkan 1,245 kes diikuti Jawa Barat 862, Jawa Tengah 460, Jawa Timur 394 dan Riau 262.

Related posts

Leave a Comment