India gantung eksport AstraZeneca

NEW DELHI: India menggantung sementara eksport vaksin AstraZeneca yang dihasilkan oleh Serum Institute of India (SII) bagi menumpukan perhatian kepada permintaan domestik.

Menurut Kementerian Luar, penggantungan sementara itu susulan jangkaan peningkatan kes jangkitan Covid -19 di negara itu yang pada Rabu mencatatkan

47,000 kes baharu dengan 275 kematian harian.

Langkah penggantungan sementara itu dijangka menjejaskan rantaian bekalan sehingga hujung April.

Ia dijangka turut menjejaskan penghantaran vaksin bagi 190 negara di bawah inisiatif COVAX.Program itu yang dinaungi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyasarkan pengedaran vaksin sama rata di semua negara.

SII merupakan pengeluar vaksin terbesar India. Setakat ini Covax telah menerima 17.7 juta dos vaksin AstraZeneca dari SII dari sejumlah 60.5 juta dos yang akan dikirimkan oleh India.

Sebelum ini, ia sudah menunda penghantaran vaksin ke beberapa negara termasuk United Kingdom dan Brazil.

Related posts

Leave a Comment