12 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 21 Mac – Dua belas kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, kesemuanya kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja tiba di Singapura. Sepuluh daripada 12 kes yang dilaporkan hari ini tidak bergejala, manakala dua lagi menunjukkan simptom dijangkiti virus tersebut. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes-kes tidak bergejala itu dikesan menerusi pemeriksaan dan pemantauan proaktif. Kes import yang direkodkan hari ini adalah satu kes yang melibatkan rakyat Singapura yang pulang dari India, seorang pemegang pas tanggungan yang tiba dari Nepal, dua pemegang pas lawatan jangka panjang…

Read More

Jumlah kes di Saudi 385,020

RIYADH 21 Mac – Arab Saudi merekodkan 367 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 385,020 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) bagi tempoh yang sama tujuh orang pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 6,609 kematian. Kes aktif pula sebanyak 3,999 di mana 584 daripadanya dalam keadaan kritikal. MoH juga merekodkan 277 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 374,412 orang. Sementara itu Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 165 kes diikuti daerah Timur 74 dan Makkah 46.

Read More

Kes positif Indonesia 1.4 juta

JAKARTA 21 Mac – Kes sembuh harian di Indonesia hari ini merekodkan 6,065 orang pesakit kembali pulih mengatasi jumlah kes positif Covid-19  sebanyak 4,396 orang. Ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh 1,290,790 orang manakala jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 1,460,184. Jumlah kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan berkurangan sebanyak 1,772 kes dengan jumlahnya 129,884. Manakala kematian pula meningkat kepada 39,550 orang apabila 103 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 39,550 orang. Bagi kes sembuh, lima wilayah yang merekodkan kes tertinggi adalah Jakarta sebanyak 1,884 orang dengan…

Read More

3,170 kes rentas negeri

PUTRAJAYA 21 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,170 kes rentas negeri (Import B) sejak 1 Januari 2021 sehingga 21 Mac 2021. Kes rentas negeri (Import B) merujuk kepada kes-kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan di sesebuah negeri namun dipercayai berpunca dari negeri lain akibat daripada aktiviti rentas negeri. Tiga negeri yang menunjukkan atau melaporkan bilangan kes import B tertinggi adalah Kedah 714 kes (22.5 peratus), Perak 582 kes (18.4 peratus), dan Negeri Sembilan 370 kes (11.7 peratus). Menurut kenyataan KKM, kluster-kluster rentas negeri turut menunjukkan peningkatan sejak gelombang ketiga…

Read More

Empat kluster tempat kerja, 1 komuniti

PUTRAJAYA 21 Mac – Lima kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini melibatkan empat kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,297 kluster. Bagaimanapun daripada jumlah itu, 416 masih aktif manakala 881 telah tamat termasuk 10 yang tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Pandan Ria, Kluster Lot Satu, Kluster Jalan Pelepas Empat, Kluster Jalan Badak, Kluster Jalan Kancil Waha, Kluster Sebangkoi, Kluster Tapak Bina Kasia, Kluster Wawasan Kulai, Kluster Jalan Industri Dua Belas, dan Kluster Jalan Sungai Rasa. Sebanyak 64 kluster merekodkan pertambahan kes baharu…

Read More

PKP di daerah Keningau 2 minggu

KUALA LUMPUR 21 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di daerah Keningau, Sabah bermula esok 22 Mac hingga 4 April ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, ia susulan peningkatan kes positif harian secara mendadak di daerah ini iaitu 42 kes hasil saringan secara bersasar di Kg Lingkudau yang juga telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Pelaksanaan PKP ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar serta mengesan beberapa lagi kontak rapat dan mengawal pergerakan penduduk di daerah ini. Dalam satu kenyataan, beliau…

Read More

Penurunan kes di Selangor

PUTRAJAYA 21 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 356 kes (26.8 peratus). Bagaimanapun jumlah itu lebih rendah berbanding 652 semalam . Daripada jumlah ini, sebanyak 274 kes (77.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti Sarawak 276 kes dan Pulau Pinang 205, Johor 141 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 115. Selangor: 356 kes  133 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina You City; 141 kes daripada saringan kontak rapat kes positif…

Read More

1,327 kes baharu 4 kematian

PUTRAJAYA 21 Mac – Sebanyak 1,327 kes baharu Covid-19 dan empat kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam tempoh itu juga, 1,247 kes sembuh dilapor menjadikan jumlah kumulatif kes pulih daripada Covid-19 di negara ini 317,289 manakala angka keseluruhan kematian kini 1,233 orang dan jumlah kes aktif pula 14,518. “Daripada jumlah kes baharu itu, 1,316 merupakan kes tempatan melibatkan 861 warga tempatan dan 455 bukan warganegara manakala 11 lagi adalah kes import,” katanya dalam satu kenyataan. Sebanyak 89 kes (6.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster…

Read More

7,757 kes baharu di Filipina

MANILA 21 Mac – Selepas merekodkan kes jangkitan tertinggi semalam, Filipina terus mencatatkan angka melebihi 7,000 kes iaitu 7,757 berbanding 7,999 semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan Jabatan Kesihatan kini meningkat kepada 663,794 dengan kes aktif 73,072. Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 39 lagi pesakit meninggal dunia, meningkat berbanding 30 semalam menjadikan kumulatif 12,968 kematian. Pada masa yang sama, 15,288 orang pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah kumulatif pulih 577,754 atau 87.0 peratus.

Read More