7,757 kes baharu di Filipina

MANILA 21 Mac – Selepas merekodkan kes jangkitan tertinggi semalam, Filipina terus mencatatkan angka melebihi 7,000 kes iaitu 7,757 berbanding 7,999 semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan Jabatan Kesihatan kini meningkat kepada 663,794 dengan kes aktif 73,072.

Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 39 lagi pesakit meninggal dunia, meningkat berbanding 30 semalam menjadikan kumulatif 12,968 kematian.

Pada masa yang sama, 15,288 orang pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah kumulatif pulih 577,754 atau 87.0 peratus.

Related posts

Leave a Comment