PUTRAJAYA 21 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 356 kes (26.8 peratus). Bagaimanapun jumlah itu lebih rendah berbanding 652 semalam .
Daripada jumlah ini, sebanyak 274 kes (77.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti Sarawak 276 kes dan Pulau Pinang 205, Johor 141 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 115.
- Selangor: 356 kes
- 133 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina You City;
- 141 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 80 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Sarawak: 276 kes
- 42 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 175 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 57 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Pulau Pinang: 205 kes
- 75 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Tambun;
- 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 101 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Johor: 141 kes
- 79 kes daripada kluster-kluster, termasuk 57 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gemilang Tiga dan Kluster Jalan Permas Baru; serta tiga (3) kes import dari kluster sedia ada; dan
- 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- 18 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 115 kes
- 64 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Empat (4) kes import dari luar negara; dan
- 26 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.