Empat kluster tempat kerja, 1 komuniti

PUTRAJAYA 21 Mac – Lima kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini melibatkan empat kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,297 kluster.

Bagaimanapun daripada jumlah itu, 416 masih aktif manakala 881 telah tamat termasuk 10 yang tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Pandan Ria, Kluster Lot Satu, Kluster Jalan Pelepas Empat, Kluster Jalan Badak, Kluster Jalan Kancil Waha, Kluster Sebangkoi, Kluster Tapak Bina Kasia, Kluster Wawasan Kulai, Kluster Jalan Industri Dua Belas, dan Kluster Jalan Sungai Rasa.

Sebanyak 64 kluster merekodkan pertambahan kes baharu termasuk Kluster Sungai Putus (63 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Salak (62 kes), dan Kluster DTI Juru (53 kes).

  • KLUSTER JALAN PERMAS BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-323126) dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Permas 9/6, Bandar Baru Permas Jaya,  Masai, Johor Bahru. Sehingga 21 Mac , sejumlah 41 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN GEMILANG TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330895) dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Gemilang Tiga, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 21 Mac, sejumlah 202 individu disaring, di mana 53 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN YOU CITY

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 15 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan You City, Batu 9, Cheras. Sehingga 21 Mac, sejumlah 234 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BUKIT TAMBUN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-321966 dan kes ke-321971) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Bukit Tambun, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Sehingga 21 Mac, sejumlah 348 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER D GANA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328840) dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Dalit Gana, Keningau. Sehingga 21 Mac, sejumlah 32 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment