Henti operasi pasar , tamu di Keningau

KOTA KINABALU 20 Mac – Pasar serta tamu di daerah Keningau tidak dibenarkan beroperasi untuk sementara waktu bermula 21 Mac, susulan peningkatan drastik dalam jumlah kes positif Covid-19 di daerah tersebut. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun berkata daerah Keningau mencatatkan pertambahan tertinggi dengan 71 kes, diikuti Tawau (10 kes) dan Kota Kinabalu (5 kes). Katanya, berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 di daerah Keningau, kerajaan negeri memutuskan pasar siang, pasar malam dan tamu-tamu di seluruh daerah Keningau tidak dibenarkan beroperasi berkuat kuasa 21 Mac. Daripada 71 kes…

Read More

Enam langgar SOP, angka terendah

KUALA LUMPUR 20 Mac – Angka terendah setakat  ini apabila hanya enam individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam (Jumaat ). Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang tidak memakai pelitup muka (4 kes) dan gagal menyediakan peralatan / merekod diri / pelanggan (2) dikenakan kompaun. Ismail Sabri menjelaskan Operasi Benteng (Op Benteng) pada Jumaat telah menangkap 49 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Jelas beliau, Op Benteng juga telah merampas sebuah kenderaan darat serta sebuah bot atau kapal. Dalam operasi…

Read More

382 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 20 Mac – Kementerian Kesihatan Arab Saudi merekodkan 382 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 384,653 kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 6,602 orang selepas enam lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Sebanyak 271 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 374,135. Riyadh terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan merekodkan 172 kes diikuti daerah Timur dengan 69 kes, Makkah 58 dan daerah Hail 21 . Kes aktif pula sebanyak 3,916 dan 587 daripadanya kritikal.

Read More

17 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 20 Mac – Sebanyak 17 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura hari ini, semuanya kes import menjadikan jumlah keseluruhan 60,184 kes. Mereka dikenakan notis Jangan keluar Rumah atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Tiada kes jangkitan dalam masyarakat dilaporkan. Semalam, sebanyak 15 kes baharu dilaporkan yang semuanya adalah kes import. Dalam kalangan 15 kes itu, salah seorang adalah penduduk tetap Singapura yang pulang dari India. Dua adalah pemegang pas tanggungan yang tiba dari Nepal dan Switzerland. Seorang lagi adalah pemegang pas kerja yang tiba dari United Kingdom. Lapan kes…

Read More

871 kluster tamat, 421 masih aktif

PUTRAJAYA 20 Mac – Jumlah kluster yang direkodkan adalah sebanyak 1,292 tetapi yang masih aktif adalah 421 selepas 871 kluster tamat termasuk 10 yang berakhir hari ini. Pada masa yang sama, empat kluster baharu dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan dua kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti. Sepuluh kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan Pasar, Kluster Jalan Bakawali Ramun, Kluster Kampung Hala, Kluster Jalan Tanjung Enam, Kluster Jalan Wawasan 14, Kluster Jalan Perusahaan Satu, Kluster Jalan Kuchai, Kluster Tapak Bina Seksyen Satu, Kluster Tapak Bina…

Read More

Selangor kembali mendahului

PUTRAJAYA 20 Mac – Selangor mendahului semula kes jangkitan harian Covid-19 hari ini apabila merekodkan 652 kes berbanding 348  semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 496 kes (76.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 328 kes, Sarawak 154, Johor 130 dan Sabah 102 kes. Selangor: 652 kes  213 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 283 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 156 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Pulau Pinang: 328 kes  215 kes daripada kluster-kluster,…

Read More

Peningkatan kes harian Covid-19

KUALA LUMPUR : Kes baharu Covid-19 kembali meningkat hari ini dengan merekodkan 1,671 kes berbanding 1,576 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif di negara ini 331,713 di mana kes aktif dengan kadar kebolehjangkitan adalah sebanyak 14,442 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, dua adalah kes import termasuk seorang rakyat tempatan yang mendapat jangkitan dari luar negara. Sebanyak 236 kes (14.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Juru (206 kes), Kluster Penjara…

Read More

Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 20 Mac – Jumlah kes positif Covid-19 di Thailand bertambah 19 kes apabila merekodkan 119 kes berbanding 100 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 27,713 kes dengan jumlah kematian kekal 90 selepas tiada kematian baharu direkodkan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 112 adalah kes tempatan manakala tujuh kes import. Sebanyak 65 kes dikesan di hospital dalam kalangan pesakit dan 47 melalui pengesanan aktif dalam masyarakat. Samut Sakhon merekodkan 38 kes yang melibatkan 26 warga Thai dan 12 Myanmar, Bangkok juga 38 kes melibatkan 31 warga Thai, enam Myanmar dan…

Read More

7,999 kes baharu di Filipina

MANILA 20 Mac – Filipina hampir mencatatkan 8,000 kes harian hari ini apabila merekodkan 7,999 kes baharu berbanding 7,103 semalam. Ini kes harian tertinggi setakat ini. Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan setakat pukul 4 petang ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah 648,066 dengan kes aktif 80,642. Sebanyak 30 lagi pesakit meninggal dunia dan peningkatan ini berbanding 13 semalam menjadikan jumlah mereka yang meninggal dunia 12,930 orang. Bagi kes sembuh pula, DoH merekodkan 587 kes pulih sekaligus menambah jumlah pesakit sembuh kini 562,484 atau 85.7 peratus

Read More

252,000 ruang solat Tarawih di Singapura

SINGAPURA menyediakan 252,000 ruang solat di masjid-masjid seluruh Singapura untuk umat Islam menunaikan solat Tarawih pada tahun ini. Bagaimanapun majlis berbuka puasa secara beramai-ramai di masjid, solat tarawih di kolong blok atau ruang terbuka dan bersahur di masjid-masjid tidak dibenarkan. Manakala tadarus al-Quran, Qiamullail dan khatam al-Quran dihadkan. Perkara itu diumumkan  oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sempena pelancaran Kempen Sentuhan Ramadan 2021 hari ini, Sabtu 20 Mac. Keputusan itu selaras dengan langkah-langkah pengurusan selamat yang dikuatkuasakan oleh pemerintah bagi membendung penularan Covid-19. Bagi solat tarawih, para jemaah perlu menempah…

Read More