Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 20 Mac – Jumlah kes positif Covid-19 di Thailand bertambah 19 kes apabila merekodkan 119 kes berbanding 100 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 27,713 kes dengan jumlah kematian kekal 90 selepas tiada kematian baharu direkodkan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 112 adalah kes tempatan manakala tujuh kes import.

Sebanyak 65 kes dikesan di hospital dalam kalangan pesakit dan 47 melalui pengesanan aktif dalam masyarakat.

Samut Sakhon merekodkan 38 kes yang melibatkan 26 warga Thai dan 12 Myanmar,

Bangkok juga 38 kes melibatkan 31 warga Thai, enam Myanmar dan satu Laos, manakala 36 kes lagi dari enam wilayah.

Samut Prakan merekodkan 15 kes, Pathum Thani (9), Nonthaburi (4), Ayutthaya (3), Tak (2), Nakhon Pathom (1), Suphan Buri (1), and Yasothon (1).

Tujuh kes import pula melibatkan ketibaan dari Myanmar (2), Russia (2), India (1), Poland (1) and Sweden (1).

Daripada 27,713 kes yang direkodkan, sebanyak 26,512 (95.7%) dilaporkan sembuh termasuk 62 pesakit yang dibenarkan keluar hospital dalam tempoh 24 jam lalu sementara 1,111 masih menerima rawatan di hospital.

Related posts

Leave a Comment