382 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 20 Mac – Kementerian Kesihatan Arab Saudi merekodkan 382 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 384,653 kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 6,602 orang selepas enam lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Sebanyak 271 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 374,135.

Riyadh terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan merekodkan 172 kes diikuti daerah Timur dengan 69 kes, Makkah 58 dan daerah Hail 21 .

Kes aktif pula sebanyak 3,916 dan 587 daripadanya kritikal.

Related posts

Leave a Comment