Selangor kembali mendahului

PUTRAJAYA 20 Mac – Selangor mendahului semula kes jangkitan harian Covid-19 hari ini apabila merekodkan 652 kes berbanding 348  semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 496 kes (76.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 328 kes, Sarawak 154, Johor 130 dan Sabah 102 kes.

  • Selangor: 652 kes 
    • 213 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 283 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 156 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 328 kes 
    • 215 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teluk Air Tawar;
    • 70 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 154 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tanjung Genting;
    • 84 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 130 kes  
    • 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 39 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perindustrian Pekan Nanas;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 32 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 102 kes 
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 58 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment