7,999 kes baharu di Filipina

MANILA 20 Mac – Filipina hampir mencatatkan 8,000 kes harian hari ini apabila merekodkan 7,999 kes baharu berbanding 7,103 semalam. Ini kes harian tertinggi setakat ini.

Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan setakat pukul 4 petang ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah 648,066 dengan kes aktif 80,642.

Sebanyak 30 lagi pesakit meninggal dunia dan peningkatan ini berbanding 13 semalam menjadikan jumlah mereka yang meninggal dunia 12,930 orang.

Bagi kes sembuh pula, DoH merekodkan 587 kes pulih sekaligus menambah jumlah pesakit sembuh kini 562,484 atau 85.7 peratus

Related posts

Leave a Comment