Enam langgar SOP, angka terendah

KUALA LUMPUR 20 Mac – Angka terendah setakat  ini apabila hanya enam individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam (Jumaat ).

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang tidak memakai pelitup muka (4 kes) dan gagal menyediakan peralatan / merekod diri / pelanggan (2) dikenakan kompaun.

Ismail Sabri menjelaskan Operasi Benteng (Op Benteng) pada Jumaat telah menangkap 49 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Jelas beliau, Op Benteng juga telah merampas sebuah kenderaan darat serta sebuah bot atau kapal.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 128 buah bot atau kapal di perairan negara dan sebuah kenderaan darat melalui sembilan aktiviti penglihatan.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tringgus, Bau, Bahagian Kuching, Sarawak, esok seperti yang dijadualkan.

Related posts

Leave a Comment